Powered By Blogger

Friday, January 15, 2010

Filem sekarang....

Assalamualaikum...saja ja nak kongsi pendapat aku tentang idea yg diketengahkan oleh para pendukong filem/drama di malaysia dan realiti filem/drama hari ini...

Kemestian dalam setiap filem/drama melayu sekarang;
1. Cakap "I" dan "YOU" antara suami/isteri.
2. Pakai rambut palsu hampir suma pelakon wanitanya.
3. Pegang watak emak/makcik/nenek tapi kening cukur, makeup toksah cakap.
4. Sekarang banyak cite anak tak kenal ibubapak, kene bela jadi anak angkat, keluarga asal orang kaya.
5. Citer pasal jenis2 hantu.
6. Kalau ada watak anggota keselamatan sentiasa dipandang bersih.

Kemestian dalam setiap filem Hollywood;
1. Hampir setiap dialog pada permulaan cerita berkisar hero buat lawak, cakap perkara remeh.
2. Cerita sekarang banyak mcm kata pepatah melayu" meludah ke langit".
3. Semua cerita sekarang pasal nak kiamat, tapi tak pon...semua ada jalan penyelesaian.
4. Cerita"base on true story" banyak dengar dari sebelah pihak ja.
5. Jarang ada cerita yg luar dari biasa,klise manjang.
6. Ade lagi ka buat citer hantu?
7. Banyak cerita yg nak merendahkan umat Islam ja.

             Bab yg no.7 tu slalu buat wa bengang ngn Hollywood nih, slalu nak merendahkan kita org Islam nih, apa ingat diorang bagus sangat ka, tang teknologi tuh mmg tak dinafikan la, mmg la diorang ada kelebihan, tapi dgn kelebihan diorang tu selalu mencabar pemikiran bagi sesiapa yg menonton filem mereka, nie suma ada agenda sebenarnya. Kalo datang nak suka2 baik tgk citer melayu, lepas tgk terus lupa apa isi cerita yang nak disampaikan, org cakap mesej filem tula. Tang filem Hollywood nie yg best kiter akan berfikir apa la yg cuba ditonjolkan dengan cerita2 yg melambak2 kt pawagam sekarang. Apa ingat buat filem ratus juta takda mesej ke. Dah banyak filem Holllywood yang mengangkat topik kiamat sekarang nih. Tambah dgn teknologi yg ada memungkinkan mereka merealisasikan apa ja yg terlintas di kepala otak diorang. Tapi itu adalah kiamat versi Hollywood. Tajuk ja yg nampak cam betol bak kata orang,"saja ja nak bagi goyang" tak pon...
yang peliknya diorang bayang2kan camna kiamat tuh diorang dah ready ka nak dunia ni kiamat???yang pasti semua yang dibayangkan oleh mereka  tentang hari pembalasan takkan sama apa yg dijanjikan oleh Allah swt....
            Cerita yg terbaru tentang hari penghabisan yg menjadi subjek utama diangkat oleh Holllywood adalah 2012 arahan Roland Emmerich. Dalam cerita tuh, kiamat disandarkan pada firasat orang maya sekitar 5,125tahun lalu melalui kalendar mereka "mayan long count calendar". Dalam citer nie pon sebenarnya teori kalendar org maya yg meramalkan dunia kiamat pada 2012 ditunjukkan oleh watak"charlie frost" juruhebah radio bebas merangkap penghidu teori konspirasi yg menetap secara haram di taman negara Cellowstone. Cara ia diterangkan pon mcm org buat keje separuh jalan iaitu teori kiamat 2012 diterangkan oleh komputer yang disunting oleh charlie sendiri, macam game yg biasa kita main kat internet. apa yang dititikberatkan oleh Hollywood sebenarnya adalah diorang nak kita tengok macamana diorg buat bumi terbelah, dgn tsunami setinggi gunung merentas beribu2 kilometer menenggelamkan semua yg ada dlm laluannya...nyahhh..bosan!!!...
             Tapi setakat itu jelah imaginasi diorang...macam biasa bumi nie masih ada lagi walaupon "bumi dah kiamat" (kah3x!!!) kenapa gelak? yelah, dalam citer tu bumi je yg kiamat bukan seluruh alam, maunyer tak gelak..hai...lain2 adengan dalam citer tuh sama ada tak logik atau aku dah maleh nak tulis...hahaha!!!
Akan datang kiter komen cerita lain pulak, sebelum aku tutup artikel aku yang tah apa2 nih aku selitkan maksud ayat 4 dan 5 dari Surah Al Qari'ah( Hari Kiamat)"pada hari itu manusia bagaikan kupu2 yang berterbangan"........."dan gunung-ganang bagaikan kapas ditiup angin"..........., kenapa aku selit maksud ayat nie? sebab dalam citer 2012 tu manusia hanya jatuh atau mati disebabkan sama ada bangunan runtuh, gunung berapi atau tanah mendap ja, takda pon yg berterbangan(kecuali org dalam kapalterbang..hahaha!!!)dan gunung Everest masih lagi terpacak kat tempat dia, takda pon jadi seperti "kapas ditiup angin"............... Kesimpulannya janganlah kite terlalu menaruh kepercayaan pada setiap apa yang cuba disampaikan oleh mereka nih, diorang punyer akal pon tak dapat menjangkau erti hari pembalasan yang sebenar...........end



korang ada idea lain? jgn lupa komen/kritik/ wa sedia terima suma pendapat

Sunday, January 3, 2010

selamat tahun baru 2010 masehi...

Aku nak ucap selamat tahun baru 2010 masehi...lama tol tak update blog nie...insyaallah akan dikemaskini dari masa ke semasa....

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum w.b.t....
             Hari nie tahun hijrah 1431 telah bermula...banyak yang aku nak kongsi dgn semua...tapi disebabkan maal hijrah jatuh hari jumaat biarlah aku citer pasal hari jumaat....
             Aku tak tau korang sume perasan ke tidak, tapi bila kita pergi ke masjid nak tunaikan solat jumaat kita banyak jumpa dgn berbagai-bagai orang dari pelbagai taraf, pangkat, dan juga bangsa....memanglah kat malaysia nie dah banyak, macam2 bangsa ada bercampur terutamanya jika seseorang itu muslim...kat masjidlah tempat nak jumpa diorang nie dengan lebih dekat...kadang2 dok pon sebelah menyebelah je...
             Bukan itu yang aku nak cerita, cuma apa yang aku nak kongsi kat sini tentu gak menarik perhatian korang....korang pon tentu penah melalui saat macam aku....selalunya kalau masa kerja aku solat jumaat di ss19 subang jaya nuu...kat situ yang datang sumanya boleh kata memang orang yang berada...buktinya boleh datang sendiri dan tgk keta jenis apa yang slalu parking kat perkarangan masjid tue...kalau datang masa sekolah buka, boleh tgk budak2 sekolah kat situ dok kundang henpon ja..pakat dok ramai2 kat saf belakang tue....ade sekali tue masa imam tgh sampaikan kutbah jumaat, henpon ada mamat mana dah berbunyi...... suma jemaahboleh dengar siap pandang2 kat dia...aku tak pandangla kat mamat tue...nanti dia segan pulak...yang peliknya, henpon dia dok berbunyi ja dia tak matikan...rupanya dia tgh solat....aku nie bukanlah pandai sangat bab agama nie...tapi tak sampai tahap senget lagi la...dia dok teruskan juga solat dia sampai abis dalam pada masa tu henpon dah lama berbunyi...boleh kusyuk ka???
             Berbalik kepada topik asal tadi, sebab hari maal hijrah jatuh hari jumaat dan cuti umum, aku berpeluanglah pegi masjid kat taman aku tue...kat situ aku tengok suasana mmg berbeza dari tempat aku biasa solat di subang nuu..mungkin kat sini banyak sangat projek perumahan, dekat dengan pusat bandar pulak, macam2 orang dari pelbagai bangsa yang aku jumpa....aku nie bukanlah tok siak masjid yang boleh tegur kalau ada yang kurang elok masa berjemaah dalam masjid...jadi aku tulislah kat dalam nie...apa yang aku maksudkan adalah dari cara pemakaian diorang yang perlu ditegur....ada sorang mamat duduk depan aku pakai baju dahla sekerat nampak suar dalam...buruk giler siot! ada yang lain pulak pakai baju yang ada gambar@logo yang tah apa2! hormatlah sket masuk masjid....camtu ke cara nak mengadap Allah S.W.T?
korang kalau pegi jumpa awek pon tak pakai selekeh mcm tue...nie pulak nak mengadap tuhan Raja segala di langit dan bumi beserta isi2nya....lgi satu masa aku dok belajar dulu aku penah pegi kem bina insan(bukan BTN tau!)yang diadakan di masjid, ustaz yang datang masa tue dia ada bagitau cara yang betul untuk lurus dan rapatkan saf....kalau kita ambik ukuran hujung jari memang takkan lurus sampai kesudahlah saf kita tuh...caranya adalah dengan meluruskan tumit kita dan bahu bertemu bahu...tu sebab orang tua2 dia akan pandang kebelakang luruskan tumit ikut tumit orang yang sebelah kiri dan kanan tue... imam sebelum solat pon ada cakap" lurus dan rapatkan saf" tapi tak bagitau camna nak lurus cara betul...orang sekarang nie memang dah lupa ataupon memang taktau...tu sebab kalau aku g mana2 pon baik di masjid subang jaya atau kat taman rumah aku ataupon kat kampung aku saf memang tak penahnya lurus! Aku sendiri dah lupa aku terbaca atau dengar cerita dari ustaz semasa di zaman Rasullullah S.A.W. bila tiba masa solat Saidina Umar Al-Khattab R.A akan bersedia dengan sebilah pedang...dia akan pusing saf tengok sapa yang tak lurus saf dengan betul....sapa yang tak lurus alamat kaki kena tibai ngan pedang Saidina Umar....wallahuallam....
             Seterusnya apa yang aku nampak kebanyakan bapa2 suka membawa anak2 yang masih kecil ikut sama ke masjid...dalam topik nie solat jumaatlah....kalau solat lain selalunya solat sunat terawihlah slalu ibubapa bawak anak2 ke masjid...tu kalau ada kelapangan akan cerita kemudian...isyaallah....apa yang aku dok perati anak2 nie memanglah tak salah nak bawak...tapi kenalah jaga dan perati diorang...para bapa2 nie slalunya akan bawak anak2 masuk dalam saf para jemaah dewasa yang lain, kadang2 jemaah rasa tak selesa sebab satu...yelah budak2 kan...kita mana tau dia bebas dari hadas ke idak...mcm hari raya haji lepas...aku balik kg bini aku...masa solat sunat tue ada budak dah terkencin dalam suar...habis basah tempat solat tue...masa tgh solat tue, apa yang perlu dibuat?nasib baik budak tue tak merayau melalak masa tue...kalau merayau dah tentu tempat dia pegi habis terkena najis....dan baru tadi pulak memang nak jadi kat aku agaknya...slalunya aku akan letak 'spec' aku kat depan bila tgh solat, adalah budak nie dia merayau-rayau dok kehulu kehilir...dia tak dok sebelah bapa dia...sekali dah terlanggar 'spec' aku...tercabut kaca dari bingkainya....pastu budak tue leh pulak dok diam lepas dah terpijak 'spec' aku tuh!aku biarkan jelah...lepas solat bapak budak tue salam aku dan tanya ok ke 'spec' aku...aku senyum jelah...ok je bang....
              Itulah dari apa yang aku peratikan dari kaca mata aku yang dah tercabut nie! kui3x...aku pon bukanlah bagus sangat pon....masa aku kecik2 dulu pon aku dok tepok tangan sensorang masa solat jumaat....lepas bagi salam adalah pakcik kat sebelah tu tegur ayah aku kenapa tak suroh aku dok belakang?balik umah ayah aku bagitau kat mak aku....diorang senyum ja...kui3x.........apa yang tak betol tue sama2lah tegur menegur untuk kebaikan bersama....insyaallah......