Powered By Blogger

Friday, January 15, 2010

Filem sekarang....

Assalamualaikum...saja ja nak kongsi pendapat aku tentang idea yg diketengahkan oleh para pendukong filem/drama di malaysia dan realiti filem/drama hari ini...

Kemestian dalam setiap filem/drama melayu sekarang;
1. Cakap "I" dan "YOU" antara suami/isteri.
2. Pakai rambut palsu hampir suma pelakon wanitanya.
3. Pegang watak emak/makcik/nenek tapi kening cukur, makeup toksah cakap.
4. Sekarang banyak cite anak tak kenal ibubapak, kene bela jadi anak angkat, keluarga asal orang kaya.
5. Citer pasal jenis2 hantu.
6. Kalau ada watak anggota keselamatan sentiasa dipandang bersih.

Kemestian dalam setiap filem Hollywood;
1. Hampir setiap dialog pada permulaan cerita berkisar hero buat lawak, cakap perkara remeh.
2. Cerita sekarang banyak mcm kata pepatah melayu" meludah ke langit".
3. Semua cerita sekarang pasal nak kiamat, tapi tak pon...semua ada jalan penyelesaian.
4. Cerita"base on true story" banyak dengar dari sebelah pihak ja.
5. Jarang ada cerita yg luar dari biasa,klise manjang.
6. Ade lagi ka buat citer hantu?
7. Banyak cerita yg nak merendahkan umat Islam ja.

             Bab yg no.7 tu slalu buat wa bengang ngn Hollywood nih, slalu nak merendahkan kita org Islam nih, apa ingat diorang bagus sangat ka, tang teknologi tuh mmg tak dinafikan la, mmg la diorang ada kelebihan, tapi dgn kelebihan diorang tu selalu mencabar pemikiran bagi sesiapa yg menonton filem mereka, nie suma ada agenda sebenarnya. Kalo datang nak suka2 baik tgk citer melayu, lepas tgk terus lupa apa isi cerita yang nak disampaikan, org cakap mesej filem tula. Tang filem Hollywood nie yg best kiter akan berfikir apa la yg cuba ditonjolkan dengan cerita2 yg melambak2 kt pawagam sekarang. Apa ingat buat filem ratus juta takda mesej ke. Dah banyak filem Holllywood yang mengangkat topik kiamat sekarang nih. Tambah dgn teknologi yg ada memungkinkan mereka merealisasikan apa ja yg terlintas di kepala otak diorang. Tapi itu adalah kiamat versi Hollywood. Tajuk ja yg nampak cam betol bak kata orang,"saja ja nak bagi goyang" tak pon...
yang peliknya diorang bayang2kan camna kiamat tuh diorang dah ready ka nak dunia ni kiamat???yang pasti semua yang dibayangkan oleh mereka  tentang hari pembalasan takkan sama apa yg dijanjikan oleh Allah swt....
            Cerita yg terbaru tentang hari penghabisan yg menjadi subjek utama diangkat oleh Holllywood adalah 2012 arahan Roland Emmerich. Dalam cerita tuh, kiamat disandarkan pada firasat orang maya sekitar 5,125tahun lalu melalui kalendar mereka "mayan long count calendar". Dalam citer nie pon sebenarnya teori kalendar org maya yg meramalkan dunia kiamat pada 2012 ditunjukkan oleh watak"charlie frost" juruhebah radio bebas merangkap penghidu teori konspirasi yg menetap secara haram di taman negara Cellowstone. Cara ia diterangkan pon mcm org buat keje separuh jalan iaitu teori kiamat 2012 diterangkan oleh komputer yang disunting oleh charlie sendiri, macam game yg biasa kita main kat internet. apa yang dititikberatkan oleh Hollywood sebenarnya adalah diorang nak kita tengok macamana diorg buat bumi terbelah, dgn tsunami setinggi gunung merentas beribu2 kilometer menenggelamkan semua yg ada dlm laluannya...nyahhh..bosan!!!...
             Tapi setakat itu jelah imaginasi diorang...macam biasa bumi nie masih ada lagi walaupon "bumi dah kiamat" (kah3x!!!) kenapa gelak? yelah, dalam citer tu bumi je yg kiamat bukan seluruh alam, maunyer tak gelak..hai...lain2 adengan dalam citer tuh sama ada tak logik atau aku dah maleh nak tulis...hahaha!!!
Akan datang kiter komen cerita lain pulak, sebelum aku tutup artikel aku yang tah apa2 nih aku selitkan maksud ayat 4 dan 5 dari Surah Al Qari'ah( Hari Kiamat)"pada hari itu manusia bagaikan kupu2 yang berterbangan"........."dan gunung-ganang bagaikan kapas ditiup angin"..........., kenapa aku selit maksud ayat nie? sebab dalam citer 2012 tu manusia hanya jatuh atau mati disebabkan sama ada bangunan runtuh, gunung berapi atau tanah mendap ja, takda pon yg berterbangan(kecuali org dalam kapalterbang..hahaha!!!)dan gunung Everest masih lagi terpacak kat tempat dia, takda pon jadi seperti "kapas ditiup angin"............... Kesimpulannya janganlah kite terlalu menaruh kepercayaan pada setiap apa yang cuba disampaikan oleh mereka nih, diorang punyer akal pon tak dapat menjangkau erti hari pembalasan yang sebenar...........end



korang ada idea lain? jgn lupa komen/kritik/ wa sedia terima suma pendapat

Sunday, January 3, 2010

selamat tahun baru 2010 masehi...

Aku nak ucap selamat tahun baru 2010 masehi...lama tol tak update blog nie...insyaallah akan dikemaskini dari masa ke semasa....